Kepada semua pemohon, anda dikehendaki membaca Iklan Tawaran terlebih
dahulu sebelum mengisi dan menghantar borang permohonan. Sila muat turun
maklumat tawaran tersebut di link yang disediakan di bawah.
SILA GUNAKAN INTERNET EXPLORER UNTUK MENDAPATKAN PAPARAN TERBAIK.
SILA BACA IKLAN DAN ARAHAN DENGAN TELITI SEBELUM MENGISI BORANG.
- Sila guna huruf besar semasa mengisi borang.
- Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap program.
- Nama pemohon, bapa, ibu atau penjaga mestilah seperti di dalam kad pengenalan.
- Sekiranya bapa atau ibu sudah meninggal dunia, sila nyatakan di ruangan jawatan di bahagian butir-butir ibubapa/penjaga.
- Maklumat pendapatan ibu bapa/penjaga perlu diisi. Gaji sebulan ialah pendapatan bulanan yang diperoleh dari penggajian, perniagaan dan lain-lain pendapatan dan keuntungan termasuk elaun tetap dan pencen.
- Sekiranya bapa, ibu atau penjaga adalah anggota kerja TNB/LLN sila isi no pekerja TNB/LLN di ruangan berkaitan. Bagi pesara TNB/LLN sila sertakan surat pengesahan bekas majikan TNB/LLN bersama dokumen sokongan yang lain.
- Masukkan penglibatan aktiviti ko-kurikulum seperti kelab / persatuan / sukan / jawatan tertinggi dan anugerah istimewa bagi tahun 2007 dan 2008 sahaja.
- Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online . Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online .
- Borang permohonan yang tidak diisi dengan sempurna atau tidak lengkap atau tidak dihantar secara online akan menyebabkan permohonan anda tidak diproses atau dipertimbangkan.
- Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
- Setelah permohonan online dihantar, pastikan Senarai Semak dicetak dan dokumen sokongan yang berkaitan dihantar sebelum tarikh tutup yang ditetapkan atau permohonan anda tidak akan diproses dan dipertimbangkan.
- Tarikh tutup permohonan secara "on-line" dan penghantaran dokumen sokongan adalah seperti berikut:
| |
Tarikh Tutup Permohonan "On-Line" |
Tarikh Tutup Penghantaran Dokumen Sokongan |
| UNITEN |
05 Julai 2009 |
10 Julai 2009 |
| IPTA |
22 Julai 2009 |
31 Julai 2009 |
| IPTA BIASISWA |
19 Julai 2009 |
Hanya mereka yang tersenarai pendek untuk temuduga perlu membawa dokumen sokongan. |
 |