ARAHAN PENGISIAN BORANG ONLINE PBU

  1. Sila guna huruf besar semasa mengisi borang.
  2. Pinjaman Pinjaman Boleh Ubah (PBU) yang ditawarkan adalah bagi program di UNITEN dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja. Calon perlu mengisi permohonan yang berasingan bagi setiap BIDANG yang dipohon.
  3. Sila baca syarat-syarat terlebih dahulu sebelum mengisi borang. Seperti yang telah dilampirkan.
  4. Nama pemohon, bapa, ibu atau penjaga mestilah seperti di dalam kad pengenalan.
  5. Sekiranya bapa atau ibu sudah meninggal dunia, sila nyatakan di ruangan jawatan di bahagian butir-butir ibubapa/penjaga.
  6. Maklumat pendapatan ibu bapa/penjaga perlu diisi. Gaji sebulan ialah pendapatan kasar bulanan yang diperoleh dari penggajian, perniagaan dan lain-lain pendapatan dan keuntungan termasuk elaun tetap dan pencen.
  7. Sekiranya bapa, ibu atau penjaga adalah anggota kerja TNB/LLN sila isi no pekerja TNB/LLN di ruangan berkaitan.
  8. Masukkan penglibatan aktiviti ko-kurikulum seperti kelab / persatuan / sukan / jawatan tertinggi dan anugerah istimewa bagi tahun 2008 dan 2009 sahaja.
  9. Pastikan semua maklumat telah disemak sebelum dihantar secara online. Sebarang pindaan atau kemaskini ke atas maklumat hendaklah dilakukan sebelum ianya dihantar secara online.
  10. Sila hantar semua dokumen sokongan ( sijil-sijil atau apa sahaja bukti yang diisi semasa online) dan hantar setelah disahkan dan perlu mengikut aturan seperti yang terdapat di Bahagian A-Senarai Semak.
  11. Sila simpan SAMID yang diberi untuk sebarang rujukan.
  12. Tarikh tutup permohonan adalah pada 30 Jun 2010 dan tarikh utup menghantar dokumen sokongan adalah pada 09 Julai 2010. Sebarang kelewatan kami menerima dokumen sokongan tidak akan dipertimbangkan.